PERSATUAN PERSAUDARAAN KRISTIAN

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

NO. PENDAFTARAN P025A/2011/SMJKPCPP

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Persaudaraan Kristian Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang yang selepas ini disebut “persatuan” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan: Persatuan Persaudaraan Kristian (Sidang Pagi),  Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang

b. Alamat: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang, Jalan Gottlieb, 10350 Georgetown, Pulau Pinang.

PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangka potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Persatuan persaudaraan Kristian dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu al-kitab dan memupuk semangat bertanggungjawab serta disiplin diri.

3,2 Ahli-ahli Persaudaraan Kristian akan berusaha untuk mencapai hubungan yang erat serta memupuk semangat bantu-membantu di antara anggota ahli.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mendaftarkan diri kepada ahli jawatan kuasa persatuan di kaunter yang ditentukan pada permulaan semester pertama setiap tahun.

4.3 Ahi-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah.

5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

6.6.8 Penyelia Disiplin dan Kebersihan

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua masyarakat.

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.8 Penyelia Disiplin dan Kebersihan

7.8.1 Menyelia keadaan dan memantau disiplin ahli-ahli persatuan serta kebersihan kawasan semasa perjumpaan.

7.8.2 Memastikan perjumpaan berjalan dengan lancar.

PERATURAN 8 KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan oleh pihak sekolah dan telah diputuskan sebanyak RM1.00 seorang semasa pendaftaran persatuan.

8.2 Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah. sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikia sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 1O AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara tersebut:

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskan jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membuburkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2 Segala huntang wajib dijelskan, Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 15 HAL LAIN-LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat.